Pengumuman UMNO yang mahu Pilihan Raya Umum, PRU15 diadakan pada tahun ini mengundang pelbagai reaksi daripada rakyat.<br /><br />Tinjauan Astro AWANI di Kuala Terengganu mendapati ada sebahagian daripada orang ramai menyokong keputusan itu kerana ingin kerajaan yang lebih stabil.<br /><br />Namun ada setengah daripada mereka berpendapat PRU tidak wajar diadakan susulan ramalan banjir bakal melanda negara.